Thursday, January 20, 2011

Kueh Orang Mati

Dengar nama kueh ni..takut pakcik..org mati boleh buat kueh ke? hehehe..resepi ni datang dari Pahang..sahabat pakcik yang berasal satu perkampungan kecil..ermmm dalam hutan ye..(nama kampung dirahsiakan kerana sahabat pakcik ni dah declare yang dia ni orang KL! KL ke?).  Menurut cerita aunty D..mak kepada sahabat pakcik ni...keuh ini dibuat khas pada hari kematian seseorang sebagai menjamu orang-orang kampung yang hadir menziarah..pelikkan..kat kampung pakcik tak ade acara masak-memasak kat rumah si mati...orang kampung pakat2 bagi makanan..ermm itu la kepelbagaian budaya setempat...

Secara peribadinya pakcik dah rase kueh ni..kenyal dan berempah...dalam erti kata lain....orang-orang KL akan berfikir untuk makan kali kedua...pakcik ok je..tekak still orang kampung walaupun ic number 14 ye...tak mcm sahabat pakcik..oppsssss!!! tp oklah tu..tak kan nak jamu kueh sedap di saat tuan rumah tengah hiba..sedap kang...asyik pulak dok mengunyah..org dah jamu kira oklah tu!! nak sedap g kedai mamak!!!!!

sebagai pengetahuan semua ni resepinya:

1 paket kecil jintan manis
1 paket kecil ketumbar
1/2 paket kecil jintan kasar
(ketiga-tiga bahan ini akan digoreng dan ditumbuk/kisar)
1 paket kecil halba (direndam di dalam air)
1 paket tepung pulut
6 batang serai (dihiris halus)
santan kelapa (satu biji)
8 biji bawang merah (dihiris harus)
garam (secukup rase)
minyak untuk mengoreng

cara-caranya:

bahan-bahan yang dikisar + halba+ tepung pulut + serai + bawang merah + garam dimasukkan ke dalam bekas dan dibancuh dengan menggunakan santan sehingga menjadi doh...bentukkan bulat dan leper....mudah kan? doh yang telah siap dibentuk akan digoreng dengan minyak. pastikan api adalah pelahan dan masak sehingga kekuningan...siapppp!!!! boleh la makan...

Pakcik dengan penuh yakin korang tak akan cuba punye..sebab pakcik pun belum tentu nak cuba tp at least kita tahu ape itu kueh orang mati. pesan pakcik untuk mereka yang menjaga badan..kueh ni terlalu berminyak!!!

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment